Wednesday, March 9, 2011

Siri Jelajah Malaysia Edisi CAMERON HIGHLAND

Assalamualaiku dan Salam Sejahtera
Sari berita penting...update pasal percutian d cameron Highland!!!!yeeehuuu

Cameron Highland merupakan salah satu tempat menarik yang mesti dilawati di Malaysia
Cameron Highland merupakan kawasan tanah tinggi di mana pertanian merupakan aktiviti ekonomi utama..
Cameron Highland mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati bersama keluarga maupun teman2 di tempat yang sejuk ini sesuai untuk berbulan madu jugaaaaaa.....
Ok mari berhenti membebel!!

Tarikh: 5 n 6 Mac 2011
Penginapan : Royal Lily Apartment
Pengangkutan : Hak Milik Persendirian

Kami bekas pelajar SAMSML telah membuat reunion ke Cameron Highland
Seawal 7 pagi (aku dtg 8.30) semua peserta berkumpul di Restoran Jejantas Sg.Buloh kemudian berjumpa semua peserta di R&R Rawang

ok kami ikut Lebuhraya Utara Selatan dan exit TAPAH = RM 19.40
ikut Tapah ni bahaya sikit sebab jalan macam ular pening tau tapiiiii ianya menarik sebab boleh tengok rumah orang asli di tepi2 n d lereng2 bukit tu..
lata iskandar kat tapah
perkampungan org asli

lebih kurang 3 jam perjalanan sampai di tanah rata..makan tengahari di Restoran Sri Brinchang
menu Nasi Daun Pisang sedaaaappp!!



Check in di Royal Lily Apartment..1 unit ade 3bilik dan 2 tandas...kelengkapan dapur yang lengkap sememangnya selesa hanya dengan harga RM860 untuk 3 unit apartment kire total 9 bilik *asal aku cakap mcm wat iklan ni adoiiiiii*.kitorang rehat2 sebentar besamasama kitkat..masak2 untuk aktiviti BBQ malam tu....hari hujaaaaannnnnn so malam baru kami keluar bejalan2
besar taw apartment ni selesaaaa

Pasar Malam Brinchang...lebih kurang 15 minit dari tanah rata....semuuuuaaaa yg anda cari di Cameron Highland segalanya ada di sini *ok skema lagi* pokok2 teh2 strawberry2 makanan2 baju2 kasut2 sweater2 sume ade!!
biaselaa mane2 tempat melancong pasti ade jual keychain hehe



Malam tu kitorang naik Bukit Brinchang untuk BBQ..aku ingatkan tak lah tinggi sangat sebab bawak kereta kan...sekali kaaauuu haaa hamek sikit punye tinggi menjunam2..agak bahaya tapi ok laa just kene berhati2 jalan die sempit..tempat ni same jalan dengan Ladang Teh Boh Sg. Palas pastu ade simpang ke Gunung Brinchang...nak jungle treking juga bisa tapi da malam kan takkan la nak treking plak *padahal mmg taknak tak larat* hehe dekat 12km baru sampai tapak camping tu.. Masa tu baru lepas hujan soo teramatlah sejuk macam duduk dalam freezer..kawasan die lapang ade macam wakaf ey?ke bangsal?ke ape?tapi ade laa tempat macam untuk duduk2..jadi kami set tempat dan mulelaaa membuat bara yang panas membara..sambil menyanyikan lagu riang tanpa peduli orang2 lain membuta di dalam khemah..hehe kire ade gak group lain camping kat situ...pastu balik tidoo!!




Pagi after breakfast kami semua pergi ke ladang straaawwwberry namenye BIG RED STRAWBERRY FARM..nak g sini ikot jalan nk g pasar malam brinchang pastu ade signboard die hehe kalau dari tanah rata die seblah kiri..ladang ni memng best sebab bukan stakat strawberry..tomato salad butterhead cactus rose kire all in 1 laaa senang takyah pegi banyak2 tempat..kalau nak main petik2 strawberry pon boleh 1kg RM40..free admission...pastu ade cafe die...semuaaaa strawberry base memang sedap terbaik!!!



KEA FARM yang ni memang pasar hasil tanah tinggi soooo semua ade kat sini gak..die tepi jalan jer memang kalau tak nampak tu sah laaa dah nak jadi hantu Kak Limah hehe


kemudian kami gerak ke LADANG TEH BOH RINGLET oleh kerana kami balik ikut Tapah juga so kami memilih ladang teh boh ringlet instead of LADANG TEH BOH SG. PALAS....ladang ni pon best juga walaupon pemandangan di ladang teh boh sg.palas lagi best tapi di sini anda bole exercise kerana untuk ke viewpoint anda perlu mendaki bukit setinggi 174m adoiii jenuh jugak laa nak naik tu hehe tapi best siap wat video klip lagi kat atas tu...ade Cafe juge disini..boleh melawat kilang teh dan sebagainye..teh die sedaaappp terase daun2 teh yg segar itu....






kemudian kami pulang dengan berat hati huhuh

ok review:

tempat: best sejuk nyaman cantik menarik tertarik
tido: selesa bilik banyak katil banyak selimut banyak bantal banyak
makan: sedap lazat terbaik *sbb masak sendiri haha*
shopping: klu nak shopping bunga buah sayur mmg murah dan manis dan segar..klu nk pegi oversea beli je sweater ke glove ke kat sini muraaaahhhahahaha

Jom Cuti-Cuti Malaysia!!!

*gamba2 adalah koleksi peribadi saye dan juge tercurik daripada FAUZAN ARIEF!!!thanx fozan hehe

2 comments:

violetpink said...

aku nk g cameron lg....jom la pia..aim xnk bawak aku pegi..die kata bosan kt cameron tu...ayam bbq nmpk sedap dan menyelerakan...

cik sophia kirai said...

sedap giler weyh heheh
haa bile jom r